Home kata kata hikmah Kisah inspirasi 1/3 – Dr Hanif & Pelajarnya

Kisah inspirasi 1/3 – Dr Hanif & Pelajarnya

252
0
kata kata motivasi 11

 

Termenung panjang Mazni di dalam bilik kuliah menunggu rakan
kuliah yang lain masuk. Sesi Dr Hanif kali ini, tapi kelihatan benda-benda pelik
pula diatas meja tu. Mungkin bilik digunakan oleh pensyarah lain agaknya.
Tertinggal barang lah tu.

Sampailah semua pelajar sudah memenuhi dewah kuliah disusuli dengan Dr Hanif
benda-benda pelik diatas meja tersebut masih tidak berganjak.

“Eh..kuliah ape pulak hari ni?” bisik Mazni kepada rakan sebelahnya.

Dr Hanif terus kemeja yang penuh dengan benda-benda pelik tersebut.
Dibukanya satu-satu bungkusan guni kecil dan suratkhabar. Dibawanya
keluar seuncang batu sungai yang sederhana besar.

Kemudian dibawa keluar sebentuk jag lutsinar dari bungkusan suratkhabar tersebut
dan dimasukkan batu sungai kedalamnya.

Pelajar agak kebingungan, subjek fizik menggunakan batu sungai dan jag kosong.

“Sudahkah jag ini penuh?”, soal Dr Hanif kepada pelajarnya.

“Ya..ia sudah penuh!” balas pelajar seisi dewan kuliah.

Kemudian Dr Hanif mengambil seuncang yang lain, lalu menuangkan kedalam jag tersebut.

“Apakah yang berada di uncang kedua itu Dr?” jerit seorang pelajar.

kata kata motivasi 12

“Batu kerikil bossku!” balas Dr Hanif. Berdekah ketawa satu dewan mendengarkan jawapan Dr itu.

“Nampak gayanya seperti sudah penuh tu Dr”, pelajar yang lain pula menyapa.

“Awak yang berbaju kurung biru tua, yang masuk dewan paling awal,
mari kesini bantu saya”, terus pucat Mazni. Dr bersuara dan
menunding jari kepadaku. Bahkan seluruh dewan turut menoleh.

Terus hilang persoalan jag penuh batu tadi tu.

Tergagap-gagap Mazni melewati tangga turun ke pentas bawah.

“Awak nampak jag tu sudah penuh bukan? Sila goncang jag tu perlahan-lahan”,
balas Dr Hanif.

“Eh..eh batu-batu atas ni turun kebawah la Dr”, ujar Mazni sambil menggoncang jag tersebut.
Merah balik wajahnya setelah kepucatan tadi.

‘Nah.. isi lagi sampai penuh”, Dr mengisi lagi batuan kecil
kedalam jag sambil dibantu oleh Mazni. Sehingga nampak padat jag tersebut.

“Sudah penuh ke jag ni?,” soal Dr Hanif

“Sudah Dr!” balas dewan

“Hey hey..nanti dulu ada lagi yang terakhir!”, ujar Dr

Lalu seuncang pasir halus dituang kedalam jag,
digoncang kembali oleh Mazni.

“Saya berharap awak belajar sesuatu”, bisik Dr Hanif kepada Mazni
sambil menuangkan pasir.

“Ya, jag sudah penuh akhirnya”, balas Dr.

Apa yang ingin diterangkan oleh Dr Hanif.

Ini ialah sebuah kisah kehidupan dimana semua manusia mengalaminya.
Dimana batu sungai itu ialah perkara asas dan penting dalam hidup kita, iaitu
kesihatan, pasangan, anak-anak, dan benda yang melengkapkan
kehidupan kita.

Batu kerikil itu pula merupakan perkara-perkara yang membuatkan anda selesa
seperti pekerjaan, rumah atau kenderaan.

kata kata motivasi 13

Akhirya pasir merupakan hal-hal remeh yang kecil dan tidak terlalu penting
dalam kehidupan kita. Tetapi tanpanya juga hidup kita akan kelihatan
kosong.

Dr menerangkan, sekiranya kita meletakkan pasir terleih dahulu,
tidak akan ada ruang buat batu sungai dan batu kerikil.
Kita tidak akan dapat memiliki ruang untuk perkara-perkara besar yang berharga
yang boleh membuatkan kita selesa dan tenang.

Kesimpulan :

Perlu bijak memerhatikan sesatu perkara itu samada ianya besar dan penting
bagi kehidupan kita atau tidak. Luangkanlah masa untuk bersama
pasangan atau anak-anak. Perlu selesikan pekerjaan di pejabat.
Bukan ketika bersama keluarga. Belajarlah menyusun prioiti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here