Home kata kata hikmah Cerita Keidupan 2/5 – Tanam hidup-hidup

Cerita Keidupan 2/5 – Tanam hidup-hidup

149
0
kata kata motivasi 2

Keldai seorang pemuda telah terjatuh ke dalam lubang yang agak dalam.
Dengan keadaan fizikal beliau yang kurus dan baru selesai sahaja mengerjakan
tanamannya, mana mungkin beliau mampu menarik keldainya itu keluar.

Lagipun lubang tersebut agak besar dan dalam.

Keesokan harinya beliau kembali ke lubang tersebut sambil membawa
perkakasan yang dirasakan perlu untuk membantu kerja mengeluarkan keldai tersebut.

“Tapi bagaimana sekiranya aku gunakan tali,
aku ikat dan tarik saja tengkuknya” getus pemuda itu.

“Mati pulak keldai tuan aku nanti, terjerut lehernya. Alang-alang begitu kesudahannya,
lebih baik aku kambus saja lubang ni.”

“Kalau tuannya tanya, cakap saja sudah kutanam hidup-hidup
sebab tak dapat keluar dari lubang. Memang tambah masalah lagi nampak gayanya”

kata kata motivasi 2

Tanpa berlengah pemuda itu terus meghumban tanah sedikit demi sedikit kedalam lubang.

Kesian pula melihat keldai yang tertimbus tanah berusaha melompat-lompat di dalam lubang
yang semakin lama semakin cetek.

Pemuda itu agak terkejut, “Ya..cadangan untuk menimbus binatang ini hidup-hidup mula membuahkan hasil.”

Semakin banyak tanah ditimbun, semakin tinggi pula dia naik.
Menjelang subuh barulah keldai itu dapat keluar.

Kesimpulan:

Ya.. pemuda itu tahu ini adalah satu masalah yang besar
beliau tidak terus meratap lubang tanpa berhenti sejenak dan berfikir.

Atas usahanya untuk menimbus keldai itu hidup-hidup juga,
beliau telah menyelesaikan 2 masalah sekaligus.

Menimbus lubang yang dalam dan membawa keldainya keluar dari lubang.

Jangan lupa tinggalkan komen/pandangan anda dibawah 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here