Home kata kata hikmah Cerita Kehidupan 5/5 – Semangkuk Ais Krim

Cerita Kehidupan 5/5 – Semangkuk Ais Krim

236
0
kata kata motivasi 9

Pernah di suatu ketika terdapat promosi aiskrim sundae yang murah
di sebuah cafe. Lalu duduk seorang anak sekitar 11 tahun umurnya
duduk di satu sudut.

Seorang pelayan terus menghidang segelas air kosong didepannya.

“Berapakah harga semangkuk ais krim sundae?”

Lalu balas si pelayan “50 sen”.

Kanak-kanak itu menyeluk poket dan menarik tangannya keluar
sambil menghitung jumlah wang syiling yang berada di genggaman.

“Tuan, berapakah harga semangkuk aiskrim kosong?” soal kanak-kanak itu lagi.

Suasana cafe yang mulai sibuk dan semakin penuh dengan pelanggan
membuatkan pelayan tersebut agak tidak sabar dan menjadi agresif.

“35 sen!” balas pelayan tersebut dengan agak kasar.

Anak kecil itu menghitung syilingnya lagi, lalu membalas
“Saya ingin membeli semangkuk aiskrim kosong”.

kata kata motivasi 10

Terus saja pelayan tersebut mengambil pesanan lalu kembali menhantarnye kepada
anak tersebut dan berlalu pergi ke meja lain untuk melayan pelanggan.

Setelah selesai anak itu menikmati aiskrim tersebut, dia pun beredar pergi
membayar di kaunter dan pulang.

Ketika si pelayan kembali untuk mengemas meja, dan mengelap meja.
Beliau terpaku sebentar, turun naik tekaknya jelas kelihatan menelan
air liur kepenatan.

Di sudut piring tersebut, tersusun rapi duit syiling bernilai 15sen,
sebagai tip untuk pelayan diberikan oleh kanak-kanak tadi yang dianggapnya
agak membebankan tugasnya.

Pantas dia menoleh keluar pintu sambil bergegas kerana ingin mencari anak tadi
kerana ingin menyatakan penyesalan layanannya terhadap anak tesebut.

Kesimpulannya :

Kita tidak boleh memandang rendah atau mengambil remeh terhadap
orang lain, kerana orang tersebut munkin dapat memberi kelegaan
kepada jiwa disaat kita menghadapi kesusahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here