Home kata kata hikmah Cerita kehidupan 4/5 – (Ubi, telur & kopi)

Cerita kehidupan 4/5 – (Ubi, telur & kopi)

274
0
kata kata motivasi 6

Seorang anak wanita muda mengeluh kepada ayahnya bahawa hidupnya sengsara
dia tak tahu apa yang boleh dia buat, dan dia tidak tahu dia nak jadi apa.
Hidupnya berjuang dan berjuang menyelesaikan satu per satu masalah.

Setelah selesai satu masalah maka akan datang masalah yang lainnya pula
tanpa diundang, dan ia turut diselesaikan oleh wanita muda itu.
Begitulah kitaran kehidupan hariannya.

Ayahnya merupakan seorang tukang masak menjemputnya ke dapur. Ayahnya mengisi
3 kuali berisi air keatas api dapur yang besar.

Setelah ketiga-tiganya hampir mendidih, beliau memasukkan beberapa biji kentang, telur
dan biji kopi kedalam kuali yang berbeza masing-masing.

Ayah menunggu dan menunggu tanpa mengeluarkan sepatah kata-kata
begitu tenang beliau melihat dan menanti ketiga-tiga kuali tersebut.

Puteri ayahanda mengeuh dan mengomel sendirian kerana tidak sabar menunggu.

Perangai anak muda memang tidak pernah belajar mengikut hukum alam.

Setiap perkara perlu melalui proses dan masa untuk menghasilkan sesuatu.

Hampir setengah jam kuali mendidih, barulah ayah menutup gas dapur.
Lalu dipindahkannya kedalam mangkuk yang berasingan.

“Puteri ku, apakah yang kamu lihat disini?”

“Ubi kentang, telur rebus, dan kopi,” pantas di balas sang puteri.

“Lihatlah lebih dekat, sentuh kentang ini,” kata ayah.

Wanita muda itu melakukan saja apa yang diminta oleh ayahnya.
Lalu si ayah meminta puterinya memecahkan telur tersebut.
Kelihatan telur telah menjadi pejal dan sedia untuk dimakan.

kata kata motivasi 5

Akhirnya si ayah meminta puterinya itu menuang kopi yang aromanya menusuk
dan membangkitkan suasana ketenangan.

Sambil tersenyum, “Apakah yang ingin ayah sampaikan?” ujarnya.

Lalu si ayah menjelaskan mengenai kejadian yang telah menimpa
ketiga-tiga bahan tersebut. Mereka semua menghadapi kesulitan yang sama.
Iaitu direndam di dalam air yang mendidih.

Namun mereka semua memberikan reaksi yang amat berbeza sekali.

Kentang itu keras namun akhirnya menjadi lembut empuk dan mudah ditelan
tanpa di kunyah dengan payah.

Telur yang eras di luar cair di dalam, akhirnya menjadi pejal akibat kepanasan.

Namun sang biji kopi yang paling istimewa, ia berjaya mengubah pengubahnya
iaitu air yang panas tadi menjadi sesuatu benda yang baru dan enak diminum.

“Kamu termasuk di golongan yang mana wahai puteriku?” ujar ayahnya.

“Ketika kesusahan, dugaan menemuimu, bagaimana caranya kamu mengendalikannya?”
Apakah kamu seperti kentang, telur atau kopi?”

Dalam kehidupan ini, mat banyak sekali perkara yang tidak terjangka terjadi
kepada diri mahupun di persekitaran kita. Tetapi perkara yang betul-betul terjadi
di dalam diri kita, itulah yang patut ditangani terlebih dahulu.

Apakah kita terkesan dengan persekitaran, atau kita yang mempengaruhi persekitaran?

Apakah kita dikawal atau kita yang mengawal?

Kita telah dikurniakan pilihan tetapi kita gagal melihatnya.

Terima kasih atas kata-kata hikmah dari seorang ayah.

Jangan lupa tinggalkan komen/pandangan anda dibawah 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here